fbpx

PRN: PN kuasai DUN Kedah, menang 33 daripada 36 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong bersorak kegembiraan dengan kejayaan PN menang di 33 daripada 36 DUN pada PRN Kedah di Kompleks Pas di Alor Setar, malam ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) mengekalkan penguasaannya di Kedah apabila memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan PN yang ditunjangi Pas bersama Bersatu akan terus menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

Jumlah kemenangan yang diperoleh PN itu lebih besar berbanding kedudukan kerusi sebelum ini iaitu Pas, 15 kerusi dan Bersatu (enam).

Sementara itu, keputusan PRN kali ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi DUN Kota Darul Aman (DAP), Bakar Arang (PKR) dan Sidam (PKR), namun Barisan Nasional (BN) dan Parti Amanah Negara (Amanah) gagal memperoleh sebarang kerusi.

Seperti dijangka, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Pengerusi PN Kedah berjaya mempertahankan DUN Jeneri dengan majoriti 16,050. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI