fbpx

PRN: Pemimpin Kerajaan Perpaduan mula berkumpul di WTCKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari tiba di Dewan Tun Hussein Onn, WTC Kuala Lumpur malam ini

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan mula tiba di di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sejak pukul 7 malam tadi bagi mengikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam pilihan di sini malam ini.

Antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh.

Selain itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan (PH) belum kelihatan di pekarangan dewan setakat pukul 8.50 malam tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dijadual akan bersama-sama hadir pada program malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI