fbpx

PRN: Orang Asli semangat kendong bayi keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andak (kiri) bersama bayi perempuannya selesai mengundi di SK Kuala Betis, Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Seorang ibu muda Orang Asli suku kaum Temiar yang hadir dengan mengendong bayi perempuannya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini, hari ini.

Andak Oi, 20, dari Kampung Guling, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini hadir bersama bayinya, Aleh Rose Nayang.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua dia mengundi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu.

“Saya perlu membawa anak kerana dia masih menyusu badan,” katanya ketika ditemui di SK Kuala Betis di sini, hari ini.

Sementara itu, Penroui Uddin, 25, pula berkata, dia turut membawa bayi lelaki berusia setahun untuk membuang undi.

Katanya, dia bangun seawal pukul 6 pagi untuk bersiap sedia ke tempat mengundi.

“Saya harap dengan undi yang kami berikan pada hari ini dapat mengubah nasib masyarakat Orang Asli di kawasan ini,” katanya.

Penghulu Orang Asli Kampung Merlong, Kuala Betis, Ibrahim Marijah, 66, berharap semua masyarakat Orang Asli yang mendaftar akan keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Setiap satu undi adalah amat bernilai bagi menentukan pemimpin negeri dan memilih wakil rakyat yang dapat membela nasib Orang Asli.

“Jadi, lebih 3,000 pengundi Orang Asli di sini perlu keluar mengundi pada bagi menentukan wakil rakyat kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI