fbpx

PRN: Mohamad dan isteri selesai mengundi di Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD dan isteri, Raja Salbiah menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat di pusat mengundi SRJK Cina Chung Hua, Rantau, Seremban hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Chung Hua, Rantau di sini.

Beliau yang juga merupakan penyandang kerusi tersebut, tiba di pusat pengundian berkenaan bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin kira-kira pukul 8.32 pagi.

Mohamad yang mengundi di saluran dua kemudian selesai menunaikan tanggungjawabnya kira-kira pukul 8.40 pagi dan turut beramah mesra dengan pengundi lain di pusat mengundi berkenaan.

Ketika ditemui pemberita, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian pagi ini dan berharap pengundi keluar lebih awal susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Proses pengundian hari ini berjalan lancar tiada kesesakan berlaku boleh jadi masih pagi lagi.

“Saya berharap supaya semua pengundi datang seawal yang boleh kerana cuaca sebelah petang tidak menentu jadi, jalankan tanggunjawab kita keluar mengundi selepas itu kita buat melaksanakan kerja harian kita,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi BN turut memuji parti yang bertanding sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan dengan menyaksikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Alhamdulillah, keadaan tidak kelam kabut kerana ini nampaknya kita urus dengan baik dan pejabat parti-parti terletak jauh dari tempat orang mengundi jadi tidak ada kejadian kelam kabut di tepi pagar dan macam-macam lagi.

“Pada kali ini, saya melihat kedua-dua parti BN bersama Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN) menjalankan kempen secara sihat, tidak ada kecam-mengecam antara satu sama lain, saya rasa ini perkara yang sihat di Rantau tempat saya,” katanya.

DUN Rantau menyaksikan pertembungan satu lawan satu dengan Mohamad disaingi Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan.

Mohamad merupakan penyandang DUN Rantau sejak 2004 dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 sehingga 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI