fbpx

PRN: Mahdzir, isteri selesai mengundi di SK Naka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir bersama isteri, Noraini mengundi di SK Naka, dekat Kuala Nerang hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

KUALA NERANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai menunaikan tanggungjawab untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka pada pagi ini.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu tiba pada pukul 9.25 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Noraini Abdullah dengan kedua-dua mereka mengenakan pakaian sedondon berwarna biru dan merah.

Mahdzir ketika ditemui pemberita berkata, beliau berpuas hati dengan aturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap proses pengundian di situ.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada insiden tidak diingini berlaku termasuk semasa tempoh berkempen. Dengan cuaca yang baik, kalangan pengundi diharap dapat menunaikan tanggungjawab lebih awal.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian hari ini. Saluran mengundi untuk warga emas juga berada di tingkat bawah, sekali gus memudahkan mereka mengundi dan itu merupakan usaha yang baik daripada SPR,” ujarnya.

Mahdzir dilihat selesai menunaikan tanggungjawab tersebut kira-kira pukul 9.50 pagi tadi sebelum bergerak pulang bersama isterinya.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Mahdzir atau lebih mesra dipanggil Tok Det dalam kalangan penduduk setempat mencabar penyandang dari Perikatan Nasional (PN), Mohd Radzi Md. Amin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd. Radzi menang DUN Pedu dengan majoriti 670 undi, manakala DUN Kuala Nerang pula menyaksikan Munir menewaskan calon BN dan PKR dengan majoriti 1,619 undi.

Seramai 28,586 pemilih layak mengundi di DUN Pedu melibatkan 51 saluran manakala 31,287 pemilih lagi bakal menentukan wakil rakyat mereka di Kuala Nerang melibatkan 60 saluran mengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI