fbpx

PRN: Lelaki OKU paling awal buang undi di SK Panji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zikrillah berjalan keluar selepas membuang undi di SK Panchor, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang orang kelainan upaya (OKU) merupakan antara pengundi paling awal tiba untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji di sini hari ini.

Zikrillah Zairul Akma, 20, yang cacat fizikal iaitu lutut lemah dan tidak boleh berjalan dalam jarak jauh tiba kira-kira pukul 7.40 pagi tadi iaitu 20 minit awal daripada pembukaan pusat mengundi.

Anak sulung daripada dua beradik yang dibantu ibunya, Anne Suhaida Abd Rashid, 50, itu memberitahu, ini merupakan kali kedua dia mengundi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) pada November tahun lepas.

“Saya memerlukan bantuan peralatan untuk berjalan sejak berusia empat tahun. Meskipun sukar bergerak, ia tidak menghalang saya daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI