fbpx

PRN: Kalah 43-2, rakyat Kelantan belum serasi lihat gabungan BN-PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jazlan (dua dari kiri) bercakap pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Kelantan, Kota Bharu sebentar tadi.

KOTA BHARU – Kekalahan teruk Barisan Nasional – Pakatan Harapan (BN-PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan berlaku apabila rakyat negeri ini dilihat masih belum serasi dengan gabungan tersebut.

Pengerusi Parti Kerajaan Perpaduan Madani Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, meskipun tewas secara tidak rasmi 43-2 kepada Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Pas, beliau melihat rakyat tidak menolak gabungan BN-PH secara total.

Menurutnya, undi popular bagi setiap DUN yang ditandingi BN-PH meningkat walaupun enam kerusi yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sebelum ini dirampas oleh PN pada PRN kali ini.

“Secara hakikatnya, rakyat Kelantan tidak menolak BN-PH, cuma gabungan ini masih belum serasi dengan mereka. Peringkat jentera BN-PH sudah boleh bekerja bersama apabila mereka boleh menerima gabungan ini.

“BN-PH baru bergabung tidak sampai sembilan bulan, jadi beri rakyat Kelantan masa untuk menerima gabungan ini. Kami mempunyai masa yang panjang untuk memperbaiki kelemahan untuk pilihan raya yang akan datang,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Kelantan di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan memberitahu, gabungan BH-PH sudah memberikan tawaran manifesto yang menarik buat rakyat Kelantan pada PRN, namun mereka masih memilih Pas.

Menurutnya, keputusan tidak rasmi 43 kerusi yang dimenangi PN pada PRN kali ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Kelantan masih boleh menerima dasar-dasar yang dijalankan oleh Pas selama lebih 30 tahun.

“Rakyat Kelantan jangan lupa, Pas juga membuat tawaran atau manifesto pada PRN di Kelantan. Mereka perlu menunaikan manifesto itu sedangkan masih banyak lagi janji-janji pilihan raya yang belum mereka kotakan.

“Berdasarkan maklumat, undi yang diperoleh BN-PH pada PRN kali ini merupakan gabungan undian yang diterima semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI