fbpx

PRN: Jangan salahkan kerajaan memimpin jika anda tidak mengundi – Megat Zulkarnain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Zulkarnain (tengah) beramah mesra dengan para pengundi selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2, Selangor.

GOMBAK – “Jangan salahkan nanti kalau kerajaan yang telah pun dipilih gagal melaksanakan apa jua yang dikehendaki oleh rakyat, jangan salahkan kerana anda tidak keluar mengundi”.

Demikian pesanan calon Barisan Nasional(BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin kepada para pemilih berdaftar untuk segera melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi bagi menentukan hala tuju negara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2 di sini pada sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.

Megat Zulkarnain hadir ditemani isteri, Datin Hanizam Harun dan ibunya, Puan Seri Raja Azizah Raja Ahmad Shah serta ahli keluarga yang lain sekitar pukul 11.45 pagi.

Tambah Megat Zulkarnain yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, sebagai rakyat Malaysia, diingatkan untuk tidak mensia-siakan peluang sebagai pengundi pada PRN kali ini kerana setiap satu undi memberi kesan yang besar.

“Dalam masa berbaki kurang lima jam ini, saya merayu kepada para pengundi untuk keluar mengundi kerana hak ini hanya anda dapat setiap lima tahun sekali.

“Apa pun alasannya jangan sia-siakan undi itu kerana undi ini bukan hanya menentukan kemenangan calon tetapi menentukan masa depan kita,” pesannya.

Pada masa sama, beliau merasakan aura positif diberikan oleh rakyat terutamanya penduduk Gombak terhadapnya serta parti yang dibawa.

“Saya juga dapat merasakan aura yang baik dan positif sebab saya ada pengalaman bertanding, dan kita boleh tahu apabila ada aura positif pada kita.

“Saya percaya ramai daripada mereka telah membuat keputusan lebih awal parti mana yang ingin mereka undi. Tapi kita tunggulah peti undi dibuka, yang penting saya fikir rata-rata rakyat inginkan sebuah kerajaan yang stabil yang boleh membawa kemakmuran kepada mereka.

“Paling penting kita mesti katakan tidak kepada politik yang membawa kepada perpecahan,” katanya.

Megat Zulkarnain berdepan dengan dua pencabar lain iaitu penyandang Kerusi Dun Gombak Setia yang juga calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Hilman Idham (PN) dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI