fbpx

PRN: Jailani selesai mengundi SK Tok Randok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jailani (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya selesai mengundi di SK Tok Randok, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Datuk Seri Jailani Johari selesai mengundi di pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok di sini sebentar tadi.

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditemani isteri, Datin Seri Siti Nurbiha Mohd. Bisharuddin, 51; ayahnya, Johari Salleh,83, dan kira-kira 10 ahli keluarga lain tiba di pusat pengundian pada pukul 7.52 pagi.

Bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu tersebut selesai membuang undi pada pukul 8.15 lagi.

“SK Tok Randok merupakan pusat pembuangan undi saya pada setiap pilihan raya sejak layak mengundi sewaktu berusia 21 tahun.

“Kami sekeluarga tidak pernah melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi,” katanya di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Jailani mencabar penyandang kerusi DUN Ajil, Maliaman Kassim dari Pas.

Maliaman memenangi kerusi itu hanya dengan majoriti empat undian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI