SEBERANG PERAI – Laluan ke Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Permatang Pauh di sini mulai sesak susulan hujan lebat, sebentar tadi.
Tinjauan Kosmo! mendapati hujan yang mulai turun sejak 11.20 pagi itu membuatkan pengundi terpaksa berlindung di bawah jambatan berhampiran.
Laluan utama dari Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE) dari Seberang Jaya menghala ke Kubang Semang dilihat sesak dengan kenderaan.
Di bahagian pulau pula, cuaca dilaporkan cerah setakat pukul 11.48 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE