fbpx

PRN: Calon PN dakwa pihak lawan edar cetakan mirip kertas undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik menerusi Facebook Izhar Shah Arif Shah, hari ini.

SEBERANG PERAI – Calon Perikatan Nasional (PN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kecewa dengan tindakan pihak lawan yang mengedarkan cetakan kertas menyerupai kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai.

Dakwanya, cetakan kertas itu diedarkan di barung atau khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian di kawasan itu.

“Saya amat kecewa dan terkilan apabila mendapati ada barung/khemah milik Pakatan Harapan memiliki dan/atau mengedarkan cetakan berupa kertas undi termasuklah di SK Pauh Jaya.

“Perbuatan kotor ini adalah amat jelas menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai aktiviti berkempen di luar tempoh berkempen yang menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Diharapkan semua penyokong PN termasuklah ejen mengundi dan mengira agar memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang melanggar undang-undang ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh ejen calon di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda pada pukul 1.35 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI