fbpx

PRN: Calon PH tidak tahu siapa cetak klon kertas undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik menerusi Facebook Izhar Shah Arif Shah, hari ini.

SEBERANG PERAI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Johari Kassim tidak tahu-menahu mengenai cetakan mirip kertas undi yang didakwa diedarkan di khemah milik PH berhampiran pusat pengundian di kawasan itu.

Beliau ketika dihubungi walau bagaimanapun maklum mengenai perkara itu selepas melihat kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook lawannya iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Izhar Shah Arif Shah.

Katanya, tidak mustahil slip berkenaan dicetak pihak tidak dikenali sebagai panduan buat para pengundi.

“Kalau calon (Izhar Shah) bijak, dia boleh bezakan antara panduan dan kertas undi sebenar. Kalau tak tahu bezakan, bagaimana dia mahu menjadi wakil rakyat? Mungkin dia terlalu muda dan tidak dapat membezakan (antara panduan dan kertas undi),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata beliau enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

“Saya tak mahu komen mengenai dakwaan ia menyalahi mana-mana akta dan biar undang-undang menentukannya. Malah, dokumen terbabit bukan boleh dibawa masuk ke tempat mengundi.

“Cetakan terbabit bukan saya keluarkan, tak tahu ia datang daripada mana, saya juga akan membuat laporan polis, jika dia (Izhar Shah) fitnah perkara cetakan terbabit sebagai klon slip undi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Izhar Shah kecewa dengan tindakan pihak lawan yang mengedarkan cetakan kertas menyerupai kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI