fbpx

PRN: Ayob Khan tinjau proses pengundian di SK Bandar Baru Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika melawat tempat mengundi di SK Bandar Baru Bangi pagi ini.

BANGI – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, di sini, pagi, bagi memantau pergerakan mengundi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) hari ini.

Beliau dilihat hadir bersama Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan kira-kira pukul 8.15 pagi.

Ayob Khan dan Mohd. Zaid kemudian meninggalkan pekarangan pusat mengundi terbabit sekitar pukul 8.30 pagi dan dijangka ke lokasi seterusnya iaitu di Sekolah Menengah Perimbun, Cheras.

Tinjauan Kosmo! mendapati para pengundi mula hadir memenuhi pekarangan sekolah berkenaan seawal pukul 7 pagi.

Turut hadir calon Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah di lokasi pusat pengundi berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI