fbpx

PRN: Ahmad Samsuri selesai mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri menunjukkan jarinya yang telah dicelup dakwat kekal selepas selesai membuang undi di SMK Seri Nering, Besut hari ini.

BESUT – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi individu pertama yang selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering di sini sebentar tadi.

Beliau yang berpakaian kemeja tiba di pusat pengundian itu pada pukul 7.50 pagi sebelum selesai membuang undi kira-kira 14 minit kemudian.

Ahmad Samsuri yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang di dalam Parlimen Marang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Jertih.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Ahmad Samsuri berdepan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman bagi mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang untuk penggal kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI