fbpx

PRN: Ahmad Razif selesai mengundi di SMK Kompleks Seberang Takir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Razif (kanan) dan isteri, Halina selesai membuang undi di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, pagi ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu tiba di pusat undi berkenaan kira-kira 9.30 pagi bersama isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Beliau turut sempat meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi yang hadir di SMK Kompleks Seberang Takir sebelum selesai membuang undi pada pukul 10.25 pagi.

Ahmad Razif ketika ditemui berpuas hati dengan perjalanan proses hari pengundian pagi ini dengan persediaan rapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kehadiran peratusan pengundi juga memberangsangkan dan diharap kelancaran hari pengundian dapat dikekalkan sehingga pusat mengundi ditutup petang ini,” katanya.

Dalam PRN Terengganu kali ini, Ahmad Razif yang juga penyandang kerusi DUN Seberang Takir dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Khazan Che Mat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI