fbpx

PRN: 85 peratus dijangka mengundi di DUN Selat Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid ketika menyantuni sekumpulan pengundi di pusat mengundi SMK Telok Gadong, Klang hari ini.

KLANG – Dianggarkan 85 peratus daripada lebih 40,000 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang dijangka akan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN tersebut, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan di beberapa pusat mengundi dalam DUN tersebut pagi ini.

“Saya jangka ada yang tidak mengundi mungkin disebabkan mereka mempunyai urusan lain di luar Selangor. Namun, saya berharap mereka dapat berusaha untuk mengundi juga.

“Kalau 85 peratus pengundi yang mengundi hari ini pun, bagi saya sudah cukup baik kerana jumlah peratusan itu tinggi,” katanya ketika meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Gadong, di sini, hari ini.

Terdahulu, Abdul Rashid yang juga Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang, Klang kira-kira pukul 8.25 pagi.

Perebutan DUN Selat Klang menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Abdul Rashid yang merupakan penyandang kerusi tersebut bersama Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Turut bertanding bagi kerusi sama adalah Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Roslee Abdul Hamid yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI