fbpx

Pertarungan sangkar Musk-Zuckerberg di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuckerberg (kiri) dan Musk. - Foto Getty Images

ROM, Itali – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk sedang berbincang dengan kerajaan Itali untuk menganjurkan pertarungan dalam sangkar melawan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg di tapak bersejarah, Colosseum tetapi lokasi itu kemudian diketepikan, lapor portal berita The Guardian semalam.

Musk yang juga pemilik Twitter dan Zuckerberg pertama kali membangkitkan pertarungan satu lawan satu itu pada Jun lalu.

Cabaran itu datang ketika pengasas bersama Facebook dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta itu melancarkan Threads iaitu laman sosial yang menjadi saingan kepada Twitter dan kini dijenamakan semula sebagai X.

Menteri Kebudayaan Itali, Gennaro Sangiuliano berkata, beliau sedang berbincang untuk mengadakan pertarungan itu tetapi ia tidak akan diadakan di Rom.

“Saya mempunyai perbualan telefon yang panjang dan mesra dengan Elon Musk,” katanya.

“Kami bercakap tentang keghairahan bersama untuk sejarah Rom kuno. Kami sedang membincangkan cara menganjurkan acara amal dan kebangkitan bersejarah yang hebat, dengan sepenuhnya menghormati tapak. Ia tidak akan diadakan di Rom.”

Sangiuliano berkata dalam kenyataannya bahawa sebarang perjanjian lokasi perlu melibatkan derma bernilai berjuta-juta euro kepada dua buah hospital kanak-kanak di Itali. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI