fbpx

Pengantin perempuan duduk sendirian di pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan hanya ditemani ibu bapanya di pelamin. - Facebook

JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan situasi seorang pengantin perempuan duduk bersendirian di atas pelamin semasa majlis perkahwinannya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video tersebut, pengantin perempuan itu hanya ditemani ibu bapanya di pelamin kerana pengantin lelaki tidak hadir ke majlis tersebut.

Akaun Facebook milik Aulhya Ulfha memaklumkan bahawa resepsi itu berlangsung sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Menurut Ulfha, pengantin lelaki telah meninggalkan pengantin perempuan selepas selesai akad nikah pada pagi hari sama di Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA).

Bapa wanita itu, Adhar Amiruddin berkata, perkahwinan itu tidak diingini oleh pengantin lelaki dan keluarganya, namun dia berkeras mengawinkan anaknya dengan lelaki tersebut. 

Perkahwinan itu diteruskan kerana anak perempuannya hamil tujuh bulan atas perbuatan lelaki tersebut. Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengakui hubungan terlarang antara mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI