PETALING JAYA – Kelantan mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah setakat pukul 3 petang tadi apabila hanya 51 peratus pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.
Berdasarkan perkongsian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu mencatatkan peratus tertinggi setakat pukul 3 petang tadi iaitu sebanyak 64 peratus.
“Diikuti Kedah 63 peratus, Pulau Pinang (60 peratus), Selangor (58 peratus), Negeri Sembilan (56 peratus).
“Manakala, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, peratusan keluar mengundi adalah 59 peratus setakat pukul 3 petang,” ujar SPR. – KOSMO! ONLINE