fbpx

Kastam ambil tindakan pegawai tular guna ‘earphone’ ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi melalui aplikasi Twitter oleh AduanRakyat pada Khamis lalu.

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengambil maklum berkenaan satu isu tular yang dikeluarkan oleh AduanRakyat di laman Twitter mengenai satu insiden melibatkan seorang pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lalu.

JKDM dalam kenyataan di sini berkata, Ibu Pejabat JKDM melalui Cawangan Integriti ingin menjelaskan bahawa tindakan ke atas perkara ini akan diambil.

“JKDM memandang serius terhadap perkara ini dan ingin menegaskan bahawa sebarang salah laku pegawai dan anggota JKDM akan dikenakan tindakan sewajarnya.

“JKDM berterima kasih terhadap orang awam yang prihatin dalam menyalurkan aduan dan pandangan berhubung perkara ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, melalui perkongsian di laman Twitter AduanRakyat memaklumkan seorang pegawai kastam dikatakan sedang tidur atau menonton TikTok sambil menggunakan fon telinga (earphone) ketika bertugas di sebuah kaunter di KLIA Terminal 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI