PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal melanda empat negeri sehingga pukul 10 pagi hari ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan berisiko adalah Tangkak dan Muar, Johor serta Jasin, Melaka.
“Selain itu, hujan lebat di Selangor melibatkan Kuala Langat dan Sepang.
“Bagi Negeri Sembilan pula, cuaca buruk yang sama tertumpu sekitar Seremban dan Port Dickson,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE