fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk di beberapa buah negeri, petang ini.

Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hanya akan melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Di Semenanjung, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan WP Kuala Lumpur, manakala di Kelantan dan Terengganu, hujan diramal turun di beberapa kawasan.

“Cuaca buruk itu juga dijangka melanda satu dua tempat di kawasan pedalaman Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Namun begitu, tiada hujan diramal berlaku di Wilayah Putrajaya dan Melaka,” katanya dalam hantaran sama.

Menurut laporan sama, cuaca buruk diramal berlaku di satu dua tempat melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, dan Sandakan di Sabah.

“Hujan lebat juga diramal berlaku di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI