fbpx

Harap petugas SPR laksana tugas dengan amanah, sempurna – Pengerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani.

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh memohon semua pihak mendoakan semua petugas suruhanjaya itu yang terlibat dengan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sempurna.

Dalam satu pesanan ringkas yang dikongsikan menerusi mesej aplikasi WhatsApp, beliau turut berharap agar terhindar segala musibah fitnah serta kacau ganggu dalam melaksanakan tugas untuk negara.

“Mohon didoakan semoga semua petugas SPR dapat menjalankan tugasan dan amanah pada hari ini dengan sempurna dan jayanya.

“Dihindari daripada apa jua musibah fitnah serta kacau ganggu dalam melaksanakan tugas untuk negara.

“Selamat bertugas semua, semoga tanggungjawab ini disempurnakan dengan jujur dan amanah, Amin,” katanya.

Seramai 153,760 petugas SPR terlibat dalam proses pengundian pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi ini.

Ia melibatkan seramai 9,674,456 pengundi manakala bagi Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 122,160 orang.

Pengundi dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan mengikut jadual masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan.

Sebanyak 3,190 pusat mengundi dan 17,048 tempat mengundi (saluran) dibuka untuk tujuan pengundian serta 153,760 petugas di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan termasuk 1,995 orang bagi Parlimen Kuala Terengganu di 41 buah pusat mengundi yang mengandungi 217 tempat mengundi (saluran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI