fbpx

Bukan sebab darah daging untuk saya undi – Diva AA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selebriti Azwan Ali atau Diva AA menjadi individu pertama yang tiba untuk mengundi sempena PRN ke-15 bagi DUN Hulu Kelang di pusat mengundi di SK Klang Gate hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

HULU KELANG – Pengacara, Azwan Ali sentiasa menjadi antara pengundi terawal yang selesai menjalankan tanggungjawab di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate, di sini, hari ini.

Azwan yang turut dikenali Diva AA berkata, dia bangun seawal jam 4.30 pagi dan tiba pada pukul 7 pagi di pusat mengundi selepas bertolak dari Semenyih bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Adik kepada calon DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu berkata, dia enggan keluar mengundi kerana sudah muak dengan situasi politik negara.

“Tapi pagi tadi saya rasa rugi kalau tidak mengundi, dan sebab itu saya datang dari Semenyih, saya dah tak nak mengundi, tapi saya terdetik untuk datang sebab saya rasa rugi pula satu undi kerana ia bernilai.

“Ia terlalu berharga, soal menang atau kalah calon yang kita undi itu, bukan isu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya, bukan darah daging menjadi ukuran dalam memilih pemimpin, tetapi memilih kerana calon itu adalah seorang yang boleh memimpin.

“Bukan darah daging sebab untuk saya undi, cari yang memang boleh memimpin,” katanya.

Kerusi DUN Hulu Kelang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor dari Perikatan Nasional (PN) dengan dengan ‘anak didiknya’, Juwairiya Zulkifli mewakili Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI