fbpx

Anggota kasari penyokong parti depan balai polis disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki ditarik oleh anggota polis di hadapan sebuah balai polis di Kelantan, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyiasat anggota yang terlibat insiden kekasaran membabitkan seorang penyokong parti di pekarangan sebuah balai di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, kes berkenaan bukan sahaja akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam, namun siasatan dalaman turut akan dijalankan oleh pihak JIPS.

“JIPS juga akan jalankan siasatan berhubung tingkah laku anggota kita, kalau ada kesilapan di situ.

“Anggota polis yang terbabit dalam kes itu sudah dikenal pasti, lagipun ada rakaman video (kejadian),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 15 saat memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan memakai bendera sebuah parti dikasari beberapa individu dipercayai anggota polis.

Polis Kelantan memaklumkan sedang menjalankan siasatan insiden itu yang dilaporkan berlaku di pekarangan sebuah balai di Kota Bharu malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, dilaporkan berkata kejadian itu dipercayai berpunca oleh provokasi yang dilakukan satu pergerakan konvoi secara bersendirian yang membawa bendera parti dan membuat bising.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI