fbpx

Ahmad Yakob tak mahu jadi MB Kelantan kerana uzur, slip disc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) ketika ditemui pemberita selepas membuang undi di SMK Kampung Laut, Tumpat sebentar tadi. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN / KOSMO!

TUMPAT – Kepimpinan Pas Kelantan akan menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar (MB) negeri tersebut selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum (PRN) diumumkan pada malam ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tiga calon MB itu yang terdiri itu akan diketahui selepas pengumuman jumlah kerusi dimenangi Pas pada PRN.

Katanya, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terpilih itu kemudiannya akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan untuk mendapat perkenan.

“Mahu jadi MB bukan tugas mudah, ada syarat iaitu tahan diuji,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di sini hari ini.

Ahmad selepas membuang undi di SMK Kampung Laut, Tumpat sebentar tadi. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN / KOSMO!

Ditanya mengenai keputusannya untuk tidak lagi meneruskan khidmat sebagai MB selepas PRN, Ahmad memberitahu, faktor kesihatan menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut.

“Saya tidak mahu lagi menjadi Menteri Besar kerana sudah uzur. Saya juga ada masalah slip disc (tulang rawan tergelincir) selepas terjatuh sebanyak dua kali dan masalah jantung.

“Saya sudah lama suarakan kepada kepimpinan Pas untuk tidak mahu lagi memegang jawatan Menteri Besar kerana faktor kesihatan,” katanya.

Menurut Ahmad yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan, beliau yakin Pas sekali lagi dapat mentadbir Kelantan selepas PRN, namun tidak meletakkan jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI