fbpx

Wanita dedah syarikat tahan gaji, dilayan seperti peminta sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita mendedahkan dia terpaksa merayu seperti ‘peminta sedekah’ kepada majikannya untuk menuntut gaji bulan lalu.

Perkara itu didedahkan menerusi Twitter, Tywerdsz_ yang dimuat naik bersama tangkap layar perbualannya dengan seorang kakitangan syarikat tersebut.

“Aku masih sabar tau. Aku dah ‘resign’ (letak jawatan) lepas itu, minta gaji bulan Julai tetapi macam mintak sedekah.

“Sampai petang tak masuk gaji memang aku bagitahu nama syarikat tak guna ini. Dari (awal) kerja sana sampai dah berhenti nak tahan gaji orang sahaja,” ciapnya, hari ini.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi, pertanyaan wanita tersebut mengenai gajinya kepada syarikat terbabit hanya mendapat maklum balas bahawa ia sedang disemak.

Tangkap layar perbualan yang dimuat naik di Twitter Tywerdsz_ .

Bagaimanapun, pembayaran gajinya masih tertangguh sehingga hari sebelum dia mengambil keputusan untuk menularkan kejadian tersebut.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai berpandangan agar wanita berkenaan membuat aduan di pejabat buruh bagi mengambil tindakan lanjut.

“Laporkan kepada pejabat buruh, serius mereka laju buat kerja. Awak dapat gaji awak dan syarikat akan dikenakan denda. Biar serik. Janji ada surat pelantikan,” kata rulduff.

“Haritu saya gertak juga, dah lah bagi gaji separuh setiap bulan. Sekali beritahu nak lapor pejabat buruh dan polis, terus boleh bagi baki haji,” ujar Mayra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI