fbpx

Undi anak rantau main peranan besar kekalkan Pas tadbir Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Undi anak rantau yang berada di luar Kelantan yang pulang mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok dilihat akan memberi impak besar kepada Pas untuk kekal mentadbir negeri tersebut selepas ini.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Aziz Azizam berkata, jangkaan itu dapat dilihat menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila Pas dan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

Menurutnya, berdasarkan kajian dan data, perkara sama boleh berlaku kerana undi daripada anak rantau memberi impak besar sekali gus menjadi penentu kepada Pas untuk menang dalam sesebuah pilihan raya terutamanya di Kelantan.

“Faktor penting dalam menentukan kalah dan menang sesebuah parti itu dalam pilihan raya sudah tentu adalah pengundi luar. Mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang terutamanya golongan profesional yang tinggal di bandar-bandar besar yang akan pulang beramai-ramai untuk mengundi.

“Golongan anak rantau terdiri daripada golongan berusia 30-an yang bekerja di luar terutamanya di ibu negara. Julat usia itu dilihat sudah terbiasa dengan tarbiah Pas sejak kecil apabila kebanyakan daripada mereka bersekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

“Jadi, tarbiah itu sudah ada pada mereka. Meskipun keluar merantau, golongan tersebut akan pulang dan sudah pasti akan mengundi Pas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Dr. Aziz.

Aziz yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Media UiTM memberitahu, berdasarkan kajiannya, Kelantan merupakan sebuah negeri yang berbeza apabila setiap rakyatnya sentiasa bersama dalam ukhwah lebih-lebih dalam tarbiah Pas.

Menurutnya, justeru, pengundi luar akan pulang untuk mengundi pada PRN kali ini untuk menyatakan mesej sokongan kepada aspirasi parti yang menjadi pilihan mereka.

“PRN kali ini adalah manifestasi rakyat Kelantan terhadap kerajaan pusat. Sekiranya Pas menang besar, kita boleh lihat mesej yang jelas disampaikan oleh rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Prestasi kerajaan pusat yang ditunjangi gabungan Barisan Nasional – Pakatan Harapan (BN-PH) ketika ini juga kurang memberangsangkan. Banyak janji-janji dan formula yang diusulkan sebelum PRU15 masih belum dilaksanakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI