fbpx

Tempoh kempen tamat pukul 11.59 malam ini – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu menamatkan kempen pada pukul 11.59 malam ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

“SPR juga mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung pada hari mengundi kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari penentu esok menyaksikan 9,674,456 orang pengundi bagi PRN enam negeri manakala PRK Parlimen Kuala Terengganu 122,160 orang pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI