fbpx

Tekad Burnley mahu tumbangkan gergasi Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMPANY akan memastikan anak-anak buahnya berjuang habis-habisan daripada membenarkan City menang pada aksi pembukaan EPL di Stadium Turf Moor awal pagi esok.

BURNLEY – Pengurus Burnley, Vincent Kompany melaungkan amaran awal pasukannya sedia mengejutkan juara trebel musim lalu, Manchester City pada aksi pembukaan Liga Perdana Ingge­ris (EPL) awal pagi esok.

Kompany, 37, berharap sokongan padu 22,000 penyokong di laman sendiri, Stadium Turf Moor nanti akan memberikan ‘kekuatan’ tambahan buat para pemainnya menghadapi cabaran sukar daripada Raja Eropah itu.

Pengendali dari Belgium itu mahu meninggalkan impak awal supaya mereka tidak menerima nasib malang jatuh kembali buat kali kedua ke Liga Kejuaraan Inggeris musim depan.

“Saya tak katakan tempat ­ke-17 adalah sasaran kami tetapi jika ia membolehkan kami kekal (di EPL), maka saya akan terima si­tuasi ini. Namun, fokus saya adalah meraih kedudukan se­tinggi yang boleh.

“Jadi perlawanan pertama ini amat penting. Sudah tentu ramai menjangkakan City akan menang tetapi kami tidak akan benarkan ia berlaku semudah itu, kami akan berjuang habis-habisan.

“Saya mahu hadiahkan tiga mata buat para penyokong dalam aksi pertama kami di laman sendiri selepas kembali ke EPL. Saya tahu ia sukar tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak,” kata Kompany.

Kompany pernah beraksi selama 11 musim bersama The Citizens dengan membuat 360 penampilan dari 2008 hingga 2019 sebelum kembali ke kelab pertamanya di Belgium, Anderlecht sebagai pemain merangkap jurulatih pada 2020.

Sepanjang bersama City, Kompany telah meraih empat gelaran EPL, dua Piala FA, empat Piala Liga Inggeris dan dua Piala Perisai Komuniti, namun malangnya gagal memenangi Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, bekas tonggak pertahanan kental itu bersedia melupakan segala kejayaannya bersama City kerana fokusnya sekarang adalah membawa revo­lusi bola sepak baharu buat Burnley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI