fbpx

Saya akan ‘terajang’ sakau-sakau masuk penjara Sungai Buloh – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Perlis, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

BALIK PULAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak sesekali mengizinkan mana-mana menteri atau pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan melakukan budaya menyakau duit rakyat.

Anwar berkata, beliau menganggap amalan tersebut sebagai satu perkara yang penting dan perlu dihapuskan dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpinnya.

“Saya tak bagi izin mana-mana pemimpin sakau duit rakyat. Saya tak bagi izin kalau mana-mana menteri atau pemimpin Kerajaan Perpaduan.

‘Kalau saya tau (tahu) sakau-sakau, saya akan terajang masuk penjara Sungai Buloh. Yang tu bagi saya penting kerana semua cakap boleh…tapi bila ada kuasa, semua sapu.

“Saya minta kawan-kawan tolong perhatikan kerana kita tiada masa nak terangkan,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di gerai Gulai Kalut Hot Stall, Sungai Rusa di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua penduduk di kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang memberi sokongan kepada calon-calon PH-BN yang akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

“Saya minta kali ini, saya nak (hendak) kawasan Melayu terutamanya dan kawasan Cina saya nampak teratur, terjamin. Insya-Allah…ini amanah yang akan kita pikul untuk membela nasib rakyat.

“Baik padi, baik getah ,rumah polis ,rumah tentera gaji penjawat awam kita cuba, nelayan kita cuba maksima kerana masa baru lapan bulan.

“Bayangkan kalau kita bleh perintah lima tahun…Insya-Allah Malaysia akan jadi hebat di negara Asia Tenggara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI