fbpx

Raksar berjaya hasil album kedua guna Dana Kreatif Perak@Port

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKSAR dianggotai oleh Azzim sebagai penyanyi dan pemain gitar, Apek juga sebagai gitaris, penyanyi yang juga pemain bass, E dan Awie Joe selaku pemain drum.

BATU GAJAH – Dana Kreatif Perak@Port dimanfaatkan sebuah kumpulan muzik tempatan, Raksar apabila dana itu digunakan mereka untuk menghasilkan album kedua yang dijangka menemui peminatnya seawal hujung tahun ini.

Ketua kumpulan Raksar, Azzim Luqman Azhar atau dikenali sebagai Azzim berkata, dana bernilai RM6,000 diperoleh tersebut membantu mereka untuk menghasilkan album kedua yang mengandungi 11 buah lagu.
“Kami memohon Dana Kreatif Perak@Port pada 25 Disember 2022. Saya boleh katakan pengalaman untuk mendapatkan dana tersebut tidak sukar biarpun terdapat kertas kerja yang perlu disediakan kepada pihak terbabit.
“Saya cuma perlu menerangkan kepada mereka perkara mahu dilakukan dengan dana tersebut. Permohonan berkenaan diluluskan dalam tempoh sebulan lebih sahaja dan ia disalurkan kepada Raksar pada 3 Februari lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dana Kreatif Perak@Port merupakan satu skim bantuan seni yang bersistematik dengan memberi keutamaan kepada para pengkarya dan golongan entrepreneur bidang kreatif kelahiran Perak.
Port yang juga akronim kepada People of Remarkable Talent juga adalah antara agensi peneraju flagship ke-10 Perak Sejahtera 2030 iaitu Ekonomi Pengalaman cetusan ilham Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad di bawah segmen Semarak Warisan.
RAKSAR ketika melakukan persembahan.

Raksar dianggotai oleh Azzim sebagai penyanyi dan pemain gitar, Muhammad Afiq Dzulkarnain (Apek) juga sebagai gitaris, penyanyi yang juga pemain bass, Muhammad Shahfari Abdul Nasir (E) dan Mohammad Asnawi Johari (Awie Joe) selaku pemain drum.

Mengulas lanjut, Azzim berkata, pihaknya mengetahui mengenai Dana Kreatif Perak@Port apabila dijemput pihak berkenaan untuk mengadakan persembahan di Ipoh Music Symposium 2022.

“Selain itu, rakan-rakan dari band lain juga ramai yang memohon dana tersebut, jadi ia membantu menyakinkan kami untuk turut sama membuat permohonan terhadapnya.

“Pada masa sama, kami sememangnya memerlukan suntikan dana untuk membantu proses penghasilan album kedua di studio rakaman.

 “Ini kerana biarpun proses merakan lagu telah dimulakan, ia menelan belanja yang banyak untuk menyudahkan kerja-kerja tersebut,” katanya.

Pengurus Raksar, Muhammad Zariq Muhaimin Omar memaklumkan, setiap lagu yang mahu dihasilkan menelan belanja secara purata kira-kira RM600, tidak termasuk sekiranya ia perlu dirakam semula bagi memastikan ia benar-benar berkualiti sebelum dilancarkan.

“Kami juga menggunakan dana diperoleh itu untuk penghasilan muzik video. Bukan itu sahaja, ia (dana) juga digunakan untuk cetakan album fizikal bagi tujuan jualan.

“Jika tiada aral melintang, album serta muzik video akan dilancarkan pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya Januari 2024,” katanya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI