fbpx

Program ‘Beyond Benih’ bantu capai sara diri makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid melancarkan Beyond Benih Nasional 2023 di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang hari ini. -GAMBAR AFIQ RAZALI

KUALA SELANGOR – Kerajaan melancarkan Program ‘Beyond Benih’ Peringkat Nasional iaitu program kebun komuniti British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT) dalam usaha untuk mencapai sara diri makanan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, program tersebut yang juga tanggungjawab sosial korporat (CSR) BAT akan dilaksanakan dengan kerjasama Felcra Berhad (Felcra) sekali gus membolehkan ia dibuat dengan skala besar.

“Felcra mempunyai tanah seluas 230,000 hektar di seluruh negara. Terdapat juga tanah yang tidak dibangunkan dan ini (Program ‘Beyond Benih’) akan melibatkan peserta Felcra di seluruh negara.

“Kita kenal pasti tanah untuk dilaksanakan seperti di Kampung Sungai Gulang-Gulang ini,” katanya pada sidang akbbar pelancaran Program ‘Beyond Benih’ di Tanjong Karang di sini, hari ini.

Beliau yang juga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, program itu juga satu usaha dalam memastikan keterjaminan makanan negara selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan makanan import.

“Kita import bahan makanan lebih RM60 bilion setahun, ia satu jumlah besar. Sebab itu selain Jabatan Veterinar dan kerjasama pelbagai agensi termasuk Felcra dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), kita memelihara lembu, kambing dan ayam untuk dipasarkan.

Ahmad Zahid memetik peria di Kebun Komuniti selepas melancarkan Beyond Benih Nasional 2023 di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang hari ini. -GAMBAR AFIQ RAZALI

“Peneroka, pekebun kecil, peserta Felcra dan orang kampung turut dilibatkan. Soalnya kita lakukan dalam skala kecil, jadi mesti skala lebih besar. Maka kebergantungan kepada barang import dapat dikurangkan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keterjaminan makanan mesti dibuat secara holistik dan ia sedang dilakukan bukan sahaja melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bahkan pelbagai lagi kementerian lain.

“Manifestasi dilaksanakan BAT Malaysia, kita ucapkan terima kasih kerana mereka sangat komited melakukan CSR di seluruh negara di mana Kampung Sungai Gulang-Gulang tidak ketinggalan. Paling penting akhirnya keterjaminan makanan dapat dijadikan salah satu agenda utama,” katanya.

Ahmad Zahid bergambar selepas Majlis Pelancaran Beyond Benih Nasional 2023 di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang hari ini.- GAMBAR AFIQ RAZALI

Sementara itu, Pengerusi BAT Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, BAT Malaysia akan memperluaskan Program ‘Beyond Benih’ ke seluruh negara dan kami menyasarkan seramai 250,000 rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada program tersebut menjelang 2026.

“Hasil tanaman dari kebun dijual semula kepada ahli komuniti di bawah harga pasaran. Keuntungan jualan dilaburkan semula ke dalam projek kebun, termasuk sebagai sumber pendapatan kepaa pekerja yang telah menyumbangkan tenaga dan masa mereka,” katanya.

Program ‘Beyond Benih’ adalah sebahagian komitmen BAT Malaysia ke arah membina ‘A Better Tomorrow’ dengan mewujudkan masa depan saksama dan mampan.

Sehingga kini, BAT Malaysia telah membuka dua kebun komuniti iaitu di Shah Alam dan Tanjong Karang serta komited melancarkan lebih banyak lagi kebun komuniti di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI