fbpx

PRN: Nak selamatkan UMNO, tolak UMNO – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan ketika berucap pada Program Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di padang awam Taman Melawati, hari ini. Foto AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan riwayat parti UMNO yang dahulu dikenali sebagai parti keramat, sudah mati.

Shahidan berkata, parti itu telah dibunuh Pakatan Harapan (PH) apabila bergabung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kini dipandang hina oleh masyarakat.

“UMNO sudah dibunuh PH, bukan parti keramat. Di Penang hanya bertanding di enam kerusi. Apa yang dia dapat?

“Jadi, nak selamatkan UMNO, tolak UMNO dan pangkah Perikatan Nasional (PN).

“Biar Ketua Pemuda UMNO ambil alih tempat presiden. UMNO tak boleh buat apa sekarang dan kini orang semua hina UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di padang awam Taman Melawati, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan turut memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara.

Shahidan berkata, kebebasan bersuara yang merupakan manifesto PH sebelum ini berubah sebaliknya selepas parti itu mentadbir negara.

“Saya nak beritahu kebebasan bersuara jangn disentuh. Ini manifesto PH dahulu dan sekarang nak gempar kita.

“Semasa PH berkempen sebelum ini, mereka perjuangkan kebebasan suara sehingga buat demonstrasi dan merosakkan harta benda awam.

“Tetapi sekarang bagi amaran siapa cakap lebih-lebih, polis akan datang,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI