fbpx

PRN: Keluar mengundi pastikan calon PH-BN menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah ketika berucap pada kempen tersebut di Klang malam tadi. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Rakyat di enam negeri khususnya Selangor disarankan agar keluar mengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, kepentingan mengundi amat penting kerana boleh memastikan calon yang benar-benar berkaliber khususnya daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai wakil rakyat.

Katanya, perbincangan beliau bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin mendapati cabaran utama untuk membuat PRN tanpa bersama peringkat Persekutuan adalah peratusan keluar mengundi.

“Kalau orang tidak keluar mengundi dan siapa contoh, tidak perlu tengok jauh-jauh sebaliknya lihat Permatang Pauh.

“Permatang Pauh kawasan saya dan tempat saya dapat sokongan paling tinggi tidak lebih 70 peratus keluar mengundi. Kawasan saya kalah menunjukkan lebih 95 peratusan keluar undi,” katanya ketika berucap pada kempen Grand Finale Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sentosa dan Kota Kemuning, malam tadi.

Naib Presiden PKR itu menjelaskan, ketidakhadiran pengundi untuk keluar mengundi boleh menyebabkan calon PH-BN kalah pada PRN ini.

Tegas Nurul Izzah, ini seterusnya memberikan kesan terhadap agenda atau program yang telah dirancang dan dibuat akan tergendala (akibat perubahan kerajaan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI