fbpx

PRN: Gelombang pengundi Melayu jadi penentu esok – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika hadir membantu kempen calon PN DUN Gemas, di Felda Jelai, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

TAMPIN – Gelombang pengundi Melayu esok bakal menjadi penentu kepada keputusan gabungan parti mana yang bakal menerajui Kerajaan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini meramalkan 3-3 iaitu tiga negeri dimenangi Kerajaan Perpaduan, manakala tiga lagi negeri kepada Perikatan Nasional (PN) bahkan menjangkakan peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi juga akan melebihi 85 peratus.

Menurutnya yang merupakan Bekas Ahli Parlimen Tampin, sekiranya gelombang pengundi Melayu itu banyak beralih kepada pihak lain, ramalan tiga negeri dimiliki Kerajaan Perpaduan juga bakal berubah.

“Negeri Sembilan sama ada disusuli gelombang perubahan (pengundi Melayu), kalau ada maka kawasan-kawasan yang dahulunya dianggap selamat, mungkin jatuh Gemas (DUN) contohnya saya datang sebab Ridzuan Ahmad ada peluang di sini,” katanya kepada pemberita ketika hadir membantu kempen calon PN DUN Gemas, di Felda Jelai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut pertanyaan pemberita mengenai ramalan 36-0 iaitu kesemua DUN yang bakal dimenangi Kerajaan Perpaduan di negeri ini, bekas Menteri Kesihatan itu menyatakan ramalan tersebut berdasarkan senario pada pilihan raya yang lalu.

“Maksudnya ambil satu undi BN, ambil satu undi Pakatan Harapan (PH) daripada pilihan raya lepas jadi dua.. tapi saya rasa dia bukan adakalanya satu sahaja satu tu akan lari sebab mesti ada kesan BN bekerjasama dengan PH.

“Undi BN tu dahulu kepada BN tapi mesti ada yang tidak beri undi kepada BN-PH. Macam saya kata tadi, saya tak sempat pergi ke Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Menurutnya, PRN kali ini banyak bergantung kepada gelombang pengundi Melayu, manakala pengundi bukan Melayu pula sudah diketahui sebanyak 90 peratus akan memberikan undi kepada PH-BN.

“Mereka (pengundi Cina) terpaksa undi BN sekarang ni, dulu tak pernah undi BN tapi sekarang ni terpaksa undi BN. Ya… undi Cina letak apa benda pun dia akan undi… lupakan ramalan undi cina sebab 90 peratus akan undi PH dan terpaksa bagi kepada BN sebab dah berkawan dah. Ini soal gelombang pengundi melayu itu yang akan menentukan PRN ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI