fbpx

PRN: Cuti Isnin depan sekiranya PH-BN menang di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju mengisytiharkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa buat seluruh rakyat negeri ini sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pilihan raya esok adalah tarikh penting dalam sejarah negeri.

Katanya, rakyat bakal menentukan masa hadapan negeri Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada Isnin depan,” katanya ketika menyampaikan amanat khas Menteri Besar Selangor sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI