JAKARTA – Polis menyatakan bahawa pihaknya mendapati pemeriksaan badan semasa pertandingan ratu cantik Miss Universe Indonesia 2023 yang menyebabkan finalis terpaksa menunjukkan payudara mereka, dilakukan oleh tiga lelaki dan saksi lain di sebuah hotel, lapor portal berita detiknews hari ini.
Menurut pegawai polis Metro Jaya, Hengki Haryadi, pemeriksaan itu dilakukan oleh mereka yang bukan pakar dalam pemeriksaan badan dan sebenarnya tidak berkelayakan untuk melakukannya.
“Menurut keterangan pelapor (pihak yang mengadu), di sana (tempat pemeriksaan badan) ada tiga orang lelaki, kemudian juga ada seorang wanita serta beberapa saksi yang lain,” ujarnya.
Mereka melaporkan kejadian tersebut kepada polis yang membuka kertas siasatan. Pemeriksaan payudara itu berlaku pada 1 Ogos lalu.
Dalam pertandingan itu, seorang finalis, Fabienne Nicole Groeneveld dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan 29 peserta lain. – Agensi