fbpx

‘Pil-pil ekonomi’ sedang tunjuk keberkesanan – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PETALING JAYA – “‘Pil-pil ekonomi’ Malaysia sedang menunjukkan keberkesanan,” kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi Malaysia sedang pesat membangun dan lebih banyak rancangan serta program sedang menanti untuk dilaksanakan.

Ujarnya, pada bulan Julai sahaja, pelabur asing telah menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada ekonomi negara iaitu jumlah tertinggi sejak Mac 2016.

“Pada 10 Ogos, kita telah mencatatkan RM2 bilion dalam bentuk ekuiti dan jumlah yang memberangsangkan iaitu RM11.4 bilion dalam pendapatan tetap (fixed income).

“Ini bermakna bulan ke-7 kita menerima pelaburan asing secara berterusan, satu tempoh terpanjang semenjak penghujung 2020.

“Momentum ini jelas. Selepas pengumuman Pelan Peralihan Tenaga (NETR) dan kerangka Ekonomi Madani, keyakinan terhadap Malaysia semakin meningkat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Rafizi berkata, ekonomi Malaysia akan terus bergerak ke hadapan dengan komitmen yang sama dan Kerajaan Perpaduan akan terus berusaha berinovasi.

“Untuk memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan sentiasa di landasan yang tepat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI