fbpx

Penunggang agama kafirkan orang tidak sokong kepentingan mereka – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Negara akan rosak jika dipimpin oleh penunggang agama yang mengkafirkan orang lain andai tidak memberi sokongan kepada mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, para pengundi di Selangor dan negeri-negeri lain perlu tolak pihak penunggang agama.

“Penunggang agama permainkan hukum Allah serta sering mencerca dan memfitnah orang lain.

“Ia jelas bukan budaya di negara ini dan saya maklumkan bahawa kita tidak boleh membiarkan gerombolan ini terus berleluasa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, jika golongan seperti itu diangkat sebagai pemimpin, negara akan rosak.

Beliau berkata, golongan tersebut malah akan terus menunggang agama demi kepentingan peribadi mereka.

“Ayuh bangkit saudara-saudari, kita tolak golongan ini dan kita pastikan hanya pemimpin berilmu dan beradab diberi tempat menggalas amanah rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI