fbpx

Pas tawar gabungan MB, TMB baharu di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

PETALING JAYA – Pas akan mengemukakan tawaran gabungan kepimpinan baharu bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar di Kelantan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hasan berkata, gabungan tersebut terdiri daripada tokoh agamawan dan teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan Sultan Kelantan.

Tambahnya, keputusan tersebut selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat di Rusila, Terengganu semalam yang dipengerusikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Mesyuarat turut memutuskan jawatan Menteri Besar bagi  Terengganu dan Kedah dikekalkan tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan sultan di kedua-dua negeri.

“Pas dengan ini menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab pada esok hari, Sabtu 12 Ogos 2023, dengan memilih pemimpin yang Prihatin, Bersih dan Berkebajikan dari Pas dan Perikatan Nasional serta berharap proses pilihan raya di enam negeri berjalan dengan aman dan lancar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI