fbpx

Najis paling besar di dunia seberat 20 kilogram dalam perut wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najis berbentuk seperti ular sawa sepanjang 91.44 m berjaya dikeluarkan dari perut seorang wanita di Hospital Pertama Universiti Zhejiang baru-baru ini. - Foto Hospital Pertama Universiti Zhejiang/AsiaWire

BEIJING, China – Seorang wanita memiliki najis terbesar di dunia selepas beberapa doktor  mengeluarkan ‘najis’ berbentuk seperti seekor ular sawa dengan berat 20 kilogram dari dalam perutnya, lapor akhbar Daily Stars semalam.

Najis gergasi itu dikeluarkan dalam satu pembedahan di Hospital Pertama Universiti Zhejiang, China,  baru-baru ini.

Pakar bedah berasa ngeri selepas berjaya membantu pesakit berusia 53 tahun tersebut dikenali sebagai Hua. Najis pesakit juga kelihatan seperti kayu balak gergasi 

Sebelum ini, Hua berputus asa untuk mendapatkan bantuan. Dia sakit selama 10 hari dan perutnya membengkak selain mengalami kesukaran bernafas,  menyebabkannya datang ke hospital di timur China itu.

Apabila ‘najis’ gergasi itu berjaya dikeluarkan, doktor-doktor mendapati bahawa satu bahagiannya menyamai saiz bola sepak.

Hati, perut, usus kecil dan organ pesakit didapati ditekan oleh ususnya yang mengembang. Pesakit dikatakan mengalami kecacatan sejak lahir yang menyebabkan sel ususnya lemah.

Dia mengidap penyakit Hirschsprung yang menyebabkan najis bergerak dengan sangat perlahan di sepanjang ususnya.

Hua kini difahamkan sedang dalam proses pemulihan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI