fbpx

Manfaat insentif padi untuk kerja lebih kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika menyantuni penduduk yang membeli pada Jualan Agro Madani @ Klang di Pangsapuri Andorra, Taman Sri Muda. Foto oleh Muhammad Al-Amin Azman/KOSMO!

SHAH ALAM – Para petani diharap memanfaatkan kenaikan insentif padi daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan untuk bekerja lebih kuat dalam meningkatkan hasil beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini termasuk dengan penggunaan teknologi menerusi penanaman lebih moden bagi mengatasi kekurangan beras dalam masa paling minimum lima tahun susulan pengumuman India dan Vietnam akan mengurangkan eksport mereka yang memberikan impak pada masa depan.

Katanya, antara negeri pengeluar beras utama negara adalah Kedah, Perak menerusi Lembah Kinta dan Seberang Perak serta Kelantan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara spesifik jumlah atau volume pengeluaran beras bagi negeri-negeri tersebut.

“Bekalan beras kita sedang bertindak dan memang berlaku kekurangan berikutan keadaan cuaca, tahun lepas dan sebagainya. Langkah kita kena bersedia ke arah itu termasuk menggalakan petani bekerja lebih kuat, maka subsidi padi dinaikkan daripada RM360 kepada RM500. Diharap insentif ini, petani akan berusaha dengan lebih, tanaman lebih moden dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Jualan Agro Madani @ Klang di Pangsapuri Andorra, Taman Sri Muda di sini hari ini.

Mohamad turut memaklumkan beberapa projek segera telah dilancarkan termasuk “MeSekinchan Padi” yang dapat menghasilkan output tinggi dikembangkan di seluruh negara.

Tambah beliau, bagi jangka panjang adalah melibatkan infrastruktur bernilai lebih RM3 bilion di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk
membolehkan para petani menuai padi dalam lima musim untuk dua tahun.

“Bagi projek “MeSekinchan Padi” akan tuai kali pertama pada 21 Ogos ini dan dianggarkan capai 10 tan sehektar.,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI