fbpx

Laluan menuju ke 6 negeri PRN mulai sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik mulai sesak menuju ke enam negeri PRN.

PETALING JAYA – Beberapa laluan menuju ke enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, mulai sesak sejak pukul 3 petang tadi.

Ia termasuk beberapa lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

Aliran trafik di beberapa laluan menghala ke Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dilaporkan sesak dan perlahan ekoran orang ramai bergerak pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi.

Menerusi laporan trafik oleh Lembaga Lebuhraya (LLM) di Facebook, kenderaan bergerak perlahan dari Juru Auto City ke Perai dan Kuala Kangsar ke Bukit Berapit (kawasan mendaki) melibatkan laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara.

Selain itu, di Lebuh Raya NKVE, aliran trafik juga perlahan dari Bukit Lanjan ke Damansara serta Subang ke Damansara dan Shah Alam, ketika ini.

“Aliran trafik semakin meningkat dan perlahan di Lebuh Raya KLK melibatkan hentian rawat dan rehat (R&R) Genting Sempah ke Genting Sempah arah Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, LLM turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan merancang perjalanan pulang ke kampung dengan selamat sempena hari mengundi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI