fbpx

Kerajaan, wakil rakyat sealiran mudahkan kerja maju Langkawi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) meninjau jeti pelancongan Kilim pada program Walkabout Pelancongan dan Perasmian Geopark Discovery Centre LADA, di Langkawi, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Kerajaan komited untuk mengangkat semula kedudukan Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan terkenal negara dengan menaik taraf infrastruktur serta kemudahan di pulau peranginan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, beliau sememangnya mempunyai perancangan untuk membangunkan Pulau Langkawi supaya kehidupan penduduk di situ menjadi lebih baik.

Katanya, usaha memajukan semula Langkawi akan menjadi lebih mudah sekiranya kerajaan dan wakil rakyat di pulau itu sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.

“Saya nak Langkawi ini, pelancongannya pulih balik. Bagilah kerjasama supaya kita boleh buat kerja dengan kawan-kawan kita. Kalau tak faham lagi, tak tahu lah.

“Ini ambil orang yang dia kata sudah tulis surat kepada PM (Perdana Menteri) nak jumpa tapi hari-hari hang maki aku, aku nak jumpa pasal apa. Aku pun banyak kerja,” katanya ketika berucap pada program Walkabout Pelancongan dan Perasmian Geopark Discovery Centre (GDC) LADA, di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, wakil rakyat yang sealiran dengan Kerajaan Perpaduan sangat penting dalam memastikan segala perancangan memajukan Langkawi dapat dilaksanakan dengan baik.

“Kita boleh bawa dia ke dalam mesyuarat LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) dan fikir bersama Pegawai Daerah untuk tingkat pendapatan,” ujarnya.

Menurutnya, beliau pada masa ini tidak boleh mengumumkan sebarang peruntukan tambahan kepada Pulau Langkawi sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini bagi mengelakkan daripada melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, kata beliau, semua jabatan dalam kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu diselaraskan untuk membantu membangunkan semula Langkawi sekali gus berupaya menarik lebih ramai pelancong.

Katanya, antara arahan beliau kepada LADA dan pegawai daerah adalah memberi tumpuan ke arah membaiki gerai dan warung.

“Selain itu, feri memang ada masalah sikit tetapi LADA dah ambil kes ini dan saya beri jaminan insya-Allah masalah itu akan selesai,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga telah menempah ambulans laut untuk kemudahan pesakit di Pulau Tuba yang memerlukan rawatan di hospital.

“Kita dah tempah ambulans laut tetapi saya tidak setuju untuk lancar sekarang. Nanti kata ni Anwar ni nak pilihan raya esok, hari ini lancar ambulans laut, jadi saya tak mahu. Jadi saya tunggu keputusan pilihan raya dulu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI