fbpx

Kelantan boleh ditawan jika pengundi luar bijak buat keputusan – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na'im Mokhtar ketika majlis pelepasan kontena Kempen Infak dan Wakaf 1 Juta Al-Quran, di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Kelantan boleh ditawan kembali oleh Barisan Nasional (BN) di bawah Kerajaan Perpaduan jika pengundi luar membuat keputusan dan pilihan lebih bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perubahan politik di Kelantan hanya boleh dilakukan jika pengundi luar menyokong BN kali ini.

“Saya harap mereka (pengundi luar) fikir banyak kali, jangan pula mereka balik semula ke Lembah Klang, mereka meninggalkan segala beban dan masalah kepada keluarga di kampung.

“Dalam beberapa pilihan raya lalu, pengundi yang tidak mahu mengubah apa-apa di Kelantan adalah mereka yang tinggal di luar negeri itu dan mereka yang tinggal di Kelantan pula sebenarnya ingin berubah.

“Saya akui sukar untuk membaca sikap pengundi luar kerana kadangkala di Lembah Kelang mereka semacam sokong Kerajaan Perpaduan tapi bila sampai sempadan Kelantan mereka berubah fikiran,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, beliau berharap pengundi luar Kelantan akan buat keputusan yang tepat dan memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan pada PRN kali ini.

Ahmad berkata, beliau berharap pengundi luar beri peluang untuk Kerajaan Perpaduan selesaikan masalah utama di negeri itu termasuk kemiskinan tegar, bekalan air dan peluang pekerjaan anak muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI