fbpx

Isu Renong-UEM, Tun Mahathir sedia lawan Halim Saad di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau sedia berdepan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad di mahkamah berhubung isu pengambilalihan saham Kumpulan Renong dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau agak hairan dengan dakwaan Halim berikutan perkara terbabit berlaku kira-kira 22 tahun yang lalu.

“Saya telah terima notis saman tadi. Peguam saya maklum Halim telah saman saya kerana saya telah arah dia lepaskan UEM dan Renong tapa apa-apa keuntungan kepada dia.

“Halim juga dakwa dia tidak setuju dengan arahan itu tapi saya salah guna kuasa pada tahun 2001 untuk paksa dia lepaskan. Dia tuntut UEM dan Renong milik dia dan hak perlembagaan dia saya ketepikan. Jadi, dia mahu dibayar ganti rugi dan pampasan.

“Cuma saya hairan, kenapa selama ini dia tidak ambil tindakan terhadap saya dan tiba-tiba dekat pilihan raya dia saman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, beliau bersedia untuk menjawab tuduhan tersebut di Mahkamah selain menegaskan tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Saman ini agak pelik sebab dulu dia juga ada cuba saman Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Khazanah tapi gagal kerana Mahkamah buang kes dia pada tahun 2013.

“Akan berulang lagikah sejarah baling batu sembunyi tangan?,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, Halim memfailkan saman terhadap kerajaan, Mahathir dan bekas Menteri Kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Menerusi notis setebal 34 halaman itu, Halim mendakwa Mahathir dan Nor Mohamed memaksa beliau melepaskan pegangan dan hak di dalam Kumpulan Renong-UEM tanpa diberi pampasan sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI