PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal melanda empat negeri sehingga pukul 10 pagi hari ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan berisiko adalah Tampin, Negeri Sembilan serta Jasin, Melaka.
“Selain itu, di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Bagi negeri Sarawak pula, cuaca buruk yang sama tertumpu sekitar Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) pagi ini,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE