fbpx

Harap bukan jenis suruh gali telaga – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PETALING JAYA – “Harapnya bukan jenis suka suruh (rakyat) gali telaga sendiri.”

Demkian sindiran Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli behubung pengumuman Pas akan melantik Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar baharu di Kelantan jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu seterusnya menyindir Pas supaya tidak melantik Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang sesuka hati menukar format.

“Dengar cerita PAS hari ini janji nak letak tokoh teknokrat sebagai kepimpinan terbaru di Kelantan. Harapnya bukan jenis suka suruh gali telaga sendiri.

“Ataupun yang suka-suka tukar format dan tiang gol bila dah dipersetujui lebih awal,” sindirnya.

Pas hari ini mengumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah akan digantikan dengan kepimpinan baharu sekiranya Pas berjaya mengekalkan pentadbiran di negeri itu, esok.

Kelantan antara enam negeri yang terlibat dalam PRN kali ini selain Kedah, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Turut berlangsung serentak esok Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan calon Pas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kerana wujud unsur rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI