fbpx

Haram beri duit raih undi, solat Istikharah jalan terbaik pilih calon – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Individu yang memberi dan menerima duit supaya mengundi seseorang calon adalah berdosa dan perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan agama Islam.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, perbuatan tersebut termasuk dalam kategori rasuah dan individu yang mengamalkan rasuah tempatnya adalah di dalam api neraka.

Ujar Azhar, semua pihak tidak terkecuali dalam hukuman itu termasuklah wakil rakyat, pemimpin parti politik, perdana menteri atau pun raja-raja.

“Yang tukang bagi pitis (duit) untuk rasuah, yang tukang makan (penerima) rasuah semuanya dalam neraka. Tidak kira siapa agong, sultan, menteri atau wakil rakyat.

“Kalau sesiapa rasuah dalam api nerakalah tempatnya. Ini bukan ustaz, maulana atau syeikh kata, ini Nabi yang bagitau,” katanya dalam satu sesi ceramah baru-baru ini.

Mengulas lanjut Azhar berkata, cara terbaik sebelum mengundi untuk memilih calon wakil rakyat perlulah di buat solat Istikharah kerana Allah tidak akan menipu kita.

“Nabi kata, apa-apa yang meragukan kamu hendaklah dibuat solat Istikharah bagi memilih pemimpin yang terbaik dan bukannya suka menipu.

“Contoh pemimpin yang baik adalah seperti zaman sahabat Nabi dahulu. Bila susah mereka akan susah bersama-sama, bila akan senang bersama-sama rakyat.

“Bukan mereka senang, tapi rakyat yang susah. Itu pemimpin zalim,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI